PETALING JAYA : Permulaan tahun 2020, tiada siapa yang menyangka akan terjadinya satu tragedi yang meragut nyawa, mengubah pemandangan yang dahulunya sibuk tetapi lenggang sekelip mata.

Semuanya terjadi akibat pandemik COVID-19.  Bangkit dari situasi itu, apa mesej yang boleh dibawa?

Apa-apa sahaja boleh terjadi tidak kira masa. Begitu juga dengan senario yang disebabkan pencemaran udara.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Maria P. Neira tampil menyuarakan pandangan bagi menangani isu ini yang  menekankan kepentingan peranan 'Datuk Bandar'.

"Perkara yang berfungsi sudah semestinya undang-undang. Tetapi masih lemah di kebanyakan negara. Ia (pencemaran udara) boleh ditangani sekiranya anda mempunyai Datuk Bandar.

"Tetapi mereka sentiasa bertukar, kerana mereka adalah individu yang dekat dengan masyarakat di tempat mereka.

"Sekiranya kita dapat berdebat secara positif dengan mereka sebagai contoh memberi cadangan berkenaan pengangkutan awam yang lebih lestari, mereka boleh menggunakan pendekatan ini dan saya percaya ketika ini berlakunya campur tangan atau intervensi," katanya dalam Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024).

Dalam pada ramai yang melihat peranan Datuk Bandar di sesebuah kawasan hanya sekadar memantau kebersihan, mengindahkan kawasan dan berperanan menjamin keharmonian, beliau berpandangan, peranan mereka lebih luas dan amat diperlukan dalam membudayakan setiap polisi yang diperkenalkan khususnya mengenai pencemaran udara.

Malah beliau sebelum ini lantang menggesa agar pemimpin di seluruh dunia supaya lebih berani dalam menangi pencemaran serta kecemasan iklim.

"Anda perlu menilai keadaan? Lihat dahulu pada sumbernya!" tegas beliau.

Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku ketika permulaan 2020, tiada siapa yang menyangka akan terjadinya satu tragedi yang meragut nyawa, mengubah pemandangan yang dahulunya sibuk tetapi lenggang sekelip mata.

Semua terjadi akibat pandemik COVID-19. Apa-apa sahaja boleh terjadi sekelip mata. Begitu juga dengan pencemaran udara.

Beliau optimis meskipun langkah itu dilihat kecil, namun orang ramai boleh mendapat solusinya dengan kadar yang segera termasuk pengurangan kadar pencemaran udara disesuatu kawasan.

Sehubungan itu, beliau menyeru Datuk-Datuk Bandar di seluruh dunia untuk bersama-sama menjayakan inisiatif murni dalam menangani pencemaran udara dengan mengambil langkah-langkah yang wajar.

Untuk rekod, data Planetary Health Alliance menunjukkan pencemaran udara disebabkan oleh pembakaran arang, bahan api minyak dan gas menyebabkan hampir lapan juta kematian setiap tahun, dengan anggaran satu daripada lima individu.

PHAM 2024 yang dianjurkan di Sunway University berlangsung sejak 16 sehingga 19 April ini dengan tema 'From Evidence to Action: Confronting Reality.'